Pengenalan Syarikat
Syarikat AR-RAZIQ Travel & Tours Sdn Bhd telah
ditubuhkan oleh Ustaz Hj Saleh Huddin Bin Hj Mohd
Nasir. Beliau adalah penceramah bebas yang
berpengalaman selama 21 tahun dan mengajar di
masjid dan surau khasnya di Selangor , Wilayah
Persekutuan dan beberapa tempat di seluruh negara
dalam bidang Sirah An-Nabawiyah. Beliau juga
adalah mutawif yang berpengalaman melebihi 12
tahun dan telah menguruskan lebih dari 6000
jemaah haji dan umrah.
AR-RAZIQ menawarkan perkhidmatan menyeluruh
seperti penempahan tiket kapal terbang, pakej
pelancongan dalam dan luar negara selain
perkhidmatan haji dan umrah.
Syarikat telah bergabung dengan organisasi yang
berkaitan dalam bidang pelancongan di dalam dan luar
negara dan mempunyai hubungan yang baik dengan
agen pelancongan diluar negara seperti Indonesia,
China , Thailand , India ,Vietnam , Arab Saudi dll.
Kelebihan Ar-Raziq Travel & Tours Sdn Bhd :
Ustaz Hj Saleh Huddin Bin Hj Mohd Nasir sendiri akan
mengetuai rombongan umrah dari Malaysia hingga ke tanah
suci untuk memberi kepuasan kepada jemaah terutama
penerangan rahsia-rahsia di sana.
Beliau sendiri yg mengajar kursus umrah dan sirah
berterusan dari Malaysia hingga ke tanah suci.
Beliau memberi tazkirah di dalam bas, di tempat-tempat
bersejarah dan di hotel penginapan selepas solat Zohor,
Asar atau Isyak.
|