Logo
AR-RAZIQ TRAVEL & TOURS SDN BHD
Allah memberi ganjaran,Rasulullah mensyafaatkan,Kami memberi bantuan,Anda mendapat kepuasan



  

Soal Jawab

Sebarang pertanyaan samada berkhaitan ibadat umrah , haji dan pakej pelancongan muslim sila email kepada kami :   arraziqtravel@yahoo.com
 
 
Testimoni Pelanggan 
 
 
 
Raja Zainal Raja Izhar -Pakej Umrah Cairo 2007

1. Encik Raja pernah kata, rugi siapa tak pergi dengan Ar-Raziq. Apa agaknya keistimewaan atau keunikan ar-Raziq yang membuat Encik Raja berpandangan begitu?
 
Raja:
  • Terus terang saya nyatakan bahawa saya memilih pergi umrah dgn Ar-Raziq kerana Ustaz Salehuddin Nasir sendiri yg membimbing jemaah dari Malaysia hingga ke tanah suci. Jadi lebih tepat saya menerangkan keistimewaan atau keunikan Ustaz Salehuddin Nasir sebagai Mutawwif.Keistimewaan beliau adalah-
    1. Ustaz Salehuddin Nasir sendiri yg biasanya akan mengetuai rombongan umrah dari Malaysia hingga ke tanah suci. Ustaz Salehuddin Nasir dalam taklimatnya menyatakan memandangkan Ar-Raziq adalah syarikatnya,jadi insyaallah beliau sendiri yg akan mengetuai setiap rombongan umrah dari Malaysia hingga ke tanah suci utk memberi kepuasan kpd jemaah terutama penerangan rahsia2 di sana.
    2. Ustaz Salehuddin Nasir sendiri yg mengajar kursus umrah dan sirah berterusan dari Malaysia hingga ke tanah suci. Beliau memberi tazkirah di dalam bas, di tempat2 bersejarah dan di hotel penginapan selepas solat Zohor, Asar atau Isyak.
    3. Ustaz Salehuddin Nasir mempunyai cara penyampaian yg jelas dan berhemah yg membuatkan jemaah insyaallah tidak mengantuk walaupun selepas makan.
    4. Pernah dalam satu perjalanan lawatan di Mekah, bas Ar-Raziq dipenuhi dengan jemaah2 dari beberapa syarikat lain tetapi Ustaz Salehuddin Nasir tetap menjadi mutawwif utamanya
    5. Ustaz Salehuddin Nasir dapat menerangkan rahsia2/fadhilat2/sirah yg sebahagiannya tidak tercatat secara terperinci dalam buku2 atau kursus2 yg pernah saya sertai. Malah bila saya berbincang dengan rakan2 yg pernah pergi dengan mutawwif lain akan rahsia2 tersebut, rakan2 saya menyatakan saya amat bertuah dapat mengetahuinya dan beramal ditempat2 rahsia tersebut yg mempunyai fadhilat tertentu. Ustaz Salehuddin Nasir pernah menyatakan beliau mendapat rahsia2 tersebut setelah berbelas tahun beliau menjadi mutawwif utk umrah dan haji.
    6. Ustaz Salehuddin Nasir berhemah dalam melayani karenah yang pelbagai dari pihak imigresen, pekerja/penjual/orang Arab atau luar Arab yg kasar, ahli jemaah yg pentingkan diri sendiri, panas baran, demam dan sebagainya.
2. Pernah ikut pakej umrah lain sebelum ni? Kalau ada, mungkin Encik Raja boleh bandingkan dgn keistimewaan Ar-Raziq.
 
Raja:
  • Ini adalah kali pertama saya mengerjakan umrah. Sejak tahun lepas bila saya bercadang hendak mengerjakan umrah,saya telah survey Internet, rakan2 pejabat, jiran2, saudara2, ustaz2, buku2, kaset2, vcd2 dan sumber2 lain. Perbandingan saya adalah berdasarkan kpd 3 faktor iaitu
    • i-Mutawwif berpengalaman yg akan membimbing jemaah bermula dari Malaysia hingga ke tanah suci.
      • Sejak tahun lepas saya telah mengikuti kursus umrah dan haji lengkap bersiri/mingguan dari beberapa syarikat yg berlainan. Sebelum saya hendak mendaftar, saya bertanya kpd setiap satu syarikat2 yg menganjurkan kursus atau mengiklan di brochure atau Internet siapa mutawwif yg akan membimbing jemaah bermula dari Malaysia hingga ke tanah suci. Tarikh yg saya pilih itu tidak ada nama2 mutawwif yg masyhur atau berpengalaman berbelas tahun atau pernah mengajar saya di mana2 kursus akan mengetuai rombongan umrah dari Malaysia hingga ke tanah suci.
      • Saya dapati mutawwif2 yg masyhur atau berpengalaman berbelas tahun akan mengajar kursus haji dan umrah sahaja. Mereka biasanya akan membimbing jemaah dari Malaysia hingga ke tanah suci utk Haji sahaja dan jarang utk umrah. Jadi tarikh yg saya pilih sukar utk mutawwif2 yg masyhur atau berpengalaman berbelas tahun membimbingnya. Ustaz Salehuddin Nasir insyaallah setiap kali akan mengetuai rombongan umrah dari Malaysia hingga ke tanah suci disebabkan Ar-Raziq adalah syarikatnya.
    • ii-Harga package, berdasarkan tempoh umrah, kualiti dan jarak hotel dari Masjidil Haram dan Nabawi dan jenis penerbangan.
      • Saya dapati Ar-Raziq bukanlah menawarkan harga yg paling murah atau paling mahal bila dibandingkan dgn syarikat2 lain berdasarkan tempoh umrah, kualiti dan jarak hotel dari Masjidil Haram dan Nabawi dan jenis penerbangan. Dalam penilaian saya jika harga lebih kurang sahaja dgn syarikat2 lain, jadi faktor penentu adalah faktor i-Mutawwif berpengalaman yg akan membimbing jemaah bermula dari Malaysia hingga ke tanah suci.
      • Hotel2 berdekatan dgn Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
    • iii-Nasihat2 dari rakan2 dan jiran2 yg pernah pergi umrah
      • Rakan2 dan jiran2 yg pernah pergi umrah telah memberi komen. Syarikat2 yg tidak dipuashati komennya akan saya keluarkan dari pemilihan saya.
      • Seorang rakan karib saya yg telah pergi haji 2 kali dan umrah mencadangkan saya mengikuti Ustaz Salehuddin Nasir walaupun rakan saya ini sendiri tidak pernah pergi bersama Ustaz Salehuddin Nasir. Rakan saya memaklumkan ramai berpuashati setelah pergi dgn Ustaz Salehuddin Nasir.
      • Ditambah dgn jiran2 saya di Shah Alam yg pernah pergi dgn Ustaz Salehuddin Nasir amat berpuashati setelah pulang.
3. Boleh agaknya komen sikit tentang kelebihan bimbingan Ustaz Salehuddin
 
Raja:
  • Saya memang selesa dgn Ustaz Salehuddin Nasir yg mengajar saya pada kelas mingguan waktu Zohor di surau Menara TM tempat saya bekerja dan waktu Maghrib di surau AdDeen Shah Alam tempat tinggal saya. Ustaz Salehuddin Nasir mempunyai cara penyampaian yg jelas dan berhemah yg membuatkan surau2 selalunya penuh dan jemaah tidak mengantuk. Ini penting sebab waktu Zohor selepas makan tengahari jemaah biasanya akan mengantuk dan waktu Maghrib bagi jemaah dari KL seperti saya yg mengharungi sesak jalanraya akan kepenatan.
 
 


 
 
"
Allah SWT memberi ganjaran ,
  Rasulullah SAW mensyafaatkan,
    Kami memberi bantuan ,
      Anda mendapat kepuasan
                                                         "

Hubungi Kami

Sebarang tempahan atau pertanyaan sila hubungi kami.Sila klik di sini.


Galeri

Koleksi gambar, audio dan video ketika umrah , haji dan ziarah.Sila klik di sini.
 

Soal Jawab & Testimoni Pelanggan

Sebarang soalan berkaitan dengan ibadah umrah , haji atau umum boleh di kemukakan di ruangan ini.Insyaallah ustaz akan cuba menjawab seberapa segera.Juga testimoni dari jemaah yang telah mengikuti rombongan umrah , haji dan ziarah bersama  Ar-Raziq. Sila klik di sini.